Bahan-bahan1 ikat kangkung
Bawang besar (dimayang)
Bawang putih, bawang merah, ikan bilis, cili api, belacan (ditumbuk lumat)
Tomato (dibelah empat)
Cili (dipotong serong. Hmmm… betulkah penggunaan ayat ini? Hehe)
Fishball/ fishcake – kalau tidak mahu guna pun, tidak apa ;)
Garam secukup rasa
Cara membuatnya1- Tumis bahan ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian, tumiskan sekali bawang besar yang siap dimayang.
2- Selepas itu, masukkan fishball/ fishcake. Kalau tidak mahu letak fishball/ fishcake, boleh masukkan terus kangkung. Namun, sebelum itu, letakkan garam dahulu bersama sedikit air. Kalau hendak masak kangkung goreng kering, tidak perlu letak air. (Lagi satu, kalau hendak guna sos tiram, tidak perlu letak garam). Sos tiram sudah sedia bergaram.
3- Akhir sekali, masukkan tomato dan cili. Kemudian, hidangkan. Sedap, insya-Allah.
(Ada juga yang tidak guna ikan bilis… boleh guna udang… pun sodap, insya-Allah).
Muthiah : One of my favourite menu.
No comments:
Post a Comment