Monday, January 24, 2011

Ayam masak merapu


Ayam masak merapu? Jangan terkejut. Huhu... begini kisahnya. Muthiah hendak masak rendang. Bahan siap semuanya. Api sudah dipanaskan. Tup tup... santan tidak ada. Jadi, Muthiah pun ubah resepi ini. Hmmm... boleh tahan. Hihi...

Bahan-bahan

(i) Bahan (untuk menggoreng)

1- Beberapa ketul ayam
2- 1 ulas bawang besar - dihiris
3- 1 biji cili merah - dihiris
4- Minyak sedikit
5- Daun limau purut
6- Sos cili, sos tomato, kicap manis
7- Garam dan gula
8- Asam keping

(ii) Bahan dikisar

1- 6 biji bawang merah
2- 3 biji bawang putih
3- 1/2 inci halia
4- 1/2 inci lengkuas
5- 1/2 inci kunyit
6- Sedikit jintan
7- Cili kering

Cara membuatnya

1- Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali.

2- Setelah panas, masukkan ayam dan bawang besar yang sudah dihiris terus.

3- Agak-agak sudah naik bau, masukkan pula bahan yang dikisar. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato dan kicap manis. Kalau hendak masukkan garam dan gula, pun okey. Tidak masukkan pun tidak apa.

4- Setelah itu, masukkan pula daun limau purut dan asam keping.

Mengarut, bukan? Tetapi bolehlah untuk tujuan uji kaji. Jangan bimbang, tidak akan menyebabkan keracunan.

Muthiah : Keputusan - LULUS!

Monday, January 17, 2011

Rendang Lisza Nazim


Assalammualaikum Ehe... ini merupakan masakan rendang Muthiah buat kali yang ketiga. Alhamdulillah, setelah berusaha try and error, akhirnya... Ada penambahan sikit. Muthiah ambil resipi daripada Mok Ja.

Bahan-bahan

Ayam yang dipotong ikut suka.
2 batang serai - dititik.
2 helai daun limau purut - dihiris kasar.
1 cawan santan pekat (Muthiah tidak berapa gemar santan banyak. Buat, guna tidak sampai secawan pun).
2 sudu kerisik.
2-3 biji ubi kentang (tidak letak pun tidak apa)
Bawang besar - dibelah 4 (Muthiah ikut resipi Ann, bekas teman serumah dahulu).
Garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan dikisar

5 ulas bawang merah (lagi banyak, lagi sedap - ikut Mok Ja)
3 ulas bawang putih.
3 ulas cili api.
5 tangkai cili kering (kalau tidak ada, letak cili boh).
1 inci halia.
1 inci lengkuas.
1 inci kunyit hidup.
Sedikit jintan manis, jintan putih dan ketumbar (bagi bau sedap).

Cara membuatnya

1- Perap bahan-bahan dikisar dengan ayam selama 1 jam (Muthiah tidak tunggu satu jam pun). Campur sekali ubi kentang dan bawang besar.

2- Panaskan bahan yang diperap di atas api (Muthiah lebihkan air sewaktu mengisar. Jadi, agak cair tetapi tidaklah terlalu cair. Muthiah panaskan sampai mendidih).

3- Kemudian, masukkan santan, gula, garam, daun limau purut, daun serai, kerisik. Kalau ada daun kunyit, masukkan sekali.

4- Apabila kering sudah, angkatlah. Siap.

Sedap...alhamdulillah...

Selamat mencuba.

Muthiah : Insya-ALLAH, ada rezeki... hendak buat rendang tok pula. Resipi daripada Mok Ja juga.

Monday, January 10, 2011

Brokoli dan cendawan butang goreng


Bahan-bahan

Brokoli
1 tin Cendawan butang
Bawang merah, bawang putih, bawang besar - dimayang
Cili merah, lobak - dihiris
Sos tiram
Sotong - dihiris
Sedikit garam dan lada sulah - tidak letak pun tidak apa

Cara membuatnya

1- Tumis bawang yang dimayang sampai naik bau.

2- Masukkan sotong pula.

3- Selepas itu, masukkan sedikit air yang sudah dicampur dengan sos tiram dan sedikit garam.

4- Kemudian, masukkan pula cendawan butang dan cendawan.

5- Setelah agak lama, masukkan pula brokoli dan lada sulah.

Siap untuk dihidang. Alhamdulillah.

Muthiah : Suka makan cendawan butang tetapi kalau hendak beli yang ditinkan, pilihlah yang diyakini kehalalannya ;)

Monday, January 3, 2011

Mee udang Lisza Nazim


Bahan-bahan

Udang saiz sederhana/ besar(Muthiah suka udang saiz XL) - Rebus udang. Toskan airnya dan asing ke tepi. Kepala udang dikisar dan kemudian dicampur dengan air rebusan tadi. Jangan lupa tapis dahulu sebelum dicampur dengan air rebuasan.

8 tangkai cili kering, 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, belacan - dikisar.

Mee kuning - dicelur.

3 camca sos cili dan 3 camca sos tomato.

Garam dan gula secukup rasa.

Taugeh, sawi, tomato, cili merah - untuk sayur (boleh celur dahulu kalau tidak mahu masukkan terus sewaktu memasak).

Tauhu dipotong empat - digoreng.

Daun bawang, daun sup, bawang goreng, limau kasturi.

Cara membuatnya

1- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan dikisar sampai naik bau.

2- Sudah naik bau, masukkan air rebusan udang tadi. Kemudian, masukkan sekali udang.

3- Selepas itu, masukkan pula sos cili, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.

4- Kemudian, masukkan sayur-sayuran. (Kalau tidak mahu campur sayur terus, celur dahulu dan campur sewaktu hendak makan).

Dan, siap... hias dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Sedap...

Muthiah : Sempoi...