Bahan-bahan(A) Nasi gorengNasi putih
Bawang merah, halia dan bawang putih dihiris halus
Lobak merah dan kacang panjang/ buncis dipotong halus (tetapi tidak terlalu halus)
Cili api (hijau)
Boleh juga juga sawi
Sos tiram
Garam secukup rasa
(B)Telur mata kerbauTelur
(C) Daging masak merahDaging (dihiris halus)
Bawang putih, bawang merah, bawang besar, cili merah (dihiris halus)
Sos cili, sos tiram, sos tomato
Garam secukup rasa
Cara membuatnya(A) Nasi goreng biasa1- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kalau ada, boleh guna mentega menggantikan minyak masak.
2- Masukkan sos tiram dengan sedikit air (biasanya, kalau sudah guna sos tiram, Muthiah tidak akan guna garam tetapi terpulang mengikut citarasa sendiri.
3- Kemudian, masukkan nasi putih.
4- Akhir sekali, masukkan sayur yang telah disediakan.
(Kalau hendak masuk ayam/ fishball/ fishcake ~ ikut citarasa sendiri). (B) Telur mata kerbau
Hmmm... Guna minyak sedikit dan gorenglah telur.
(C) Daging masak merah1- Tumis bawang sehingga naik bau.
2- Kemudian, masukkan daging dengan sedikit air, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Guna api sederhana. Kalau hendak letak garam, boleh juga tetapi Muthiah biasa tidak letak sebab kandungan dalam sos pun sudah ada garam. Akhir sekali, tunggulah sehingga masak. Kalau hendak lagi cantik, hiaslah dengan timun/tomato...
Hehe... Mudah bukan??? Suami pun suka, alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment