Thursday, December 31, 2009

Nasi goreng daging masak merah


Bahan-bahan

(A) Nasi goreng

Nasi putih
Bawang merah, halia dan bawang putih dihiris halus
Lobak merah dan kacang panjang/ buncis dipotong halus (tetapi tidak terlalu halus)
Cili api (hijau)
Boleh juga juga sawi
Sos tiram
Garam secukup rasa

(B)Telur mata kerbau

Telur

(C) Daging masak merah

Daging (dihiris halus)
Bawang putih, bawang merah, bawang besar, cili merah (dihiris halus)
Sos cili, sos tiram, sos tomato
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

(A) Nasi goreng biasa

1- Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau. Kalau ada, boleh guna mentega menggantikan minyak masak.

2- Masukkan sos tiram dengan sedikit air (biasanya, kalau sudah guna sos tiram, Muthiah tidak akan guna garam tetapi terpulang mengikut citarasa sendiri.

3- Kemudian, masukkan nasi putih.

4- Akhir sekali, masukkan sayur yang telah disediakan.

(Kalau hendak masuk ayam/ fishball/ fishcake ~ ikut citarasa sendiri).

(B) Telur mata kerbau

Hmmm... Guna minyak sedikit dan gorenglah telur.

(C) Daging masak merah

1- Tumis bawang sehingga naik bau.

2- Kemudian, masukkan daging dengan sedikit air, sos tiram, sos cili dan sos tomato. Guna api sederhana. Kalau hendak letak garam, boleh juga tetapi Muthiah biasa tidak letak sebab kandungan dalam sos pun sudah ada garam. Akhir sekali, tunggulah sehingga masak. Kalau hendak lagi cantik, hiaslah dengan timun/tomato...

Hehe... Mudah bukan??? Suami pun suka, alhamdulillah.

Sotong celup tepung


Bahan-bahan

Sotong (dihiris dan ditoskan) - pastikan tos betul-betul. Takut meletup di dalam kuali.
Garam
Lada sulah
1 biji telur
Tepung gandum
Baking powder

Cara membuatnya

1- Gaul garam dan lada sulah pada sotong yang sudah ditos. Kemudian, masukkan sotong tersebut ke dalam telur yang sudah dipukul (tidak sampai kembang).

2- Campur sotong tadi ke dalam tepung gandum serta baking powder yang sudah diadun bersama. Kemudian, gaul sampai sebati.

3- Seterusnya, masak di di atas api sedikit besar dalam 3-4 minit.

Masak lemak tempoyak udang


Bahan-bahan

(A) Bahan dikisar

Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas
Cili api
Kunyit hidup

(B)

Udang
1 biji ubi kentang (dipotong 4)
1 biji tomato
Asam keping
Santan
Tempoyak

Cara membuatnya

1- Masukkan bahan (A) ke dalam kuali. Kemudian, masukkan pula udang dan ubi kentang (ubi kentang masuk awal sebab untuk lembutkannya).

2- Agak-agak sudah hampir menggelegak, masukkan santan. Selepas itu, masukkan garam (sedikit sahaja / kalau tidak letak garam pun tidak apa), asam keping, tomato dan tempoyak. Bagi yang sudah terbiasa letak gula dalam masakan, boleh letak namun... kalau boleh, kurangkan gula dalam makanan (lagipun, udang itu sendiri sudah sedia manis).

3- Hmmm.. kalau hendak cuba menu baru... Hehe... tambahkan petai jeruk.

Sedap, insya-Allah.

Muthiah : Biar manis senyuman... S.E.N.Y.U.M......

Petola masak air


Bahan-bahan

Bawang putih (dihiris nipis)
Bawang merah (dihiris nipis)
Petola (dikupas kulit yang tebal)
Suun
Garam secukup rasa
Pati ikan bilis (Muthiah lebih suka guna ikan bilis yang ditumbuk)
1 biji telur

Cara membuatnya

1- Tumis bawang sampai naik bau.

2- Masukkan air. Kemudian, masukkan petola dan suun. Selepas itu, masukkan garam dan ikan bilis yang sudah ditumbuk.

3- Apabila sudah mengelegak, masukkan telur.

Kek pisang


Bahan-bahan

1 1/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
3 biji telur
4 biji pisang
1 cawan minyak (tetapi, Muthiah tidak letak banyak sangat)
1 sudu teh soda bikarbonat
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1- Gaulkan tepung gandum, tepung jagung, soda bikarbonat sekali.

2- Pukul telur sampai kembang. (Muthiah masukkan garam dan gula di sini)

3- Penyet pisang.

4- Campurkan semua bahan di atas sampai rata. Kemudian, kukus di atas dapur.

(Muthiah biasa tunggu sampai naik dan hitam sedikit).

Muthiah : Hmmmm... Muthiah tidak minat sangat kek pisang tetapi buat untuk santapan orang tersayang...bolehlah...

Nasi air (mudah)


Bahan-bahan

(A) Asas nasi air

1- Beras 1 cawan (cuci)
2- Ayam/ fishball/ fishcake dan lain-lain (mengikut citarasa sendiri)
3- Sawi/ Lobak/ Tomato/ Cili
4- Garam secukup rasa

(B)Rencah

1- Bawang putih (dihiris halus)
2- Halia (dihiris halus)
3- Bawang merah (dihiris halus) ~ untuk buat bawang goreng
4- Minyak ~ untuk menumis

Cara membuatnya

(A) Penyediaan nasi air

1- Masukkan beras ke dalam periuk dengan air banyak. Kemudian, masukkan sekali ayam/ fishball/ fishcake mengikut citarasa sendiri.

2- Setelah mendidih, masukkan sayur-sayuran; dimulai dengan lobak - sawi - cili - tomato. Kemudian, masukkan garam secukupnya.

(B) Penyediaan rencah

1- Goreng :
i) Bawang putih dan halia
ii) Bawang merah
iii) Ikan bilis
(Secara berasingan - Kalau MALAS, buat sekali harung sahaja)

Setelah siap (A), taburkan rencah (B) di atas nasi air yang sudah siap dihidang.

Sebenarnya, lebih elok dimakan kosong begini tetapi... kalau hendak tambah kicap/ lada sulah pun sodap, insya-Allah.

Muthiah : Hmmm... nasi air di atas sudah tinggal separuh... beri pada jiran. Hehe... penyediaannya? Express tahap cipan.