Monday, January 3, 2011

Mee udang Lisza Nazim


Bahan-bahan

Udang saiz sederhana/ besar(Muthiah suka udang saiz XL) - Rebus udang. Toskan airnya dan asing ke tepi. Kepala udang dikisar dan kemudian dicampur dengan air rebusan tadi. Jangan lupa tapis dahulu sebelum dicampur dengan air rebuasan.

8 tangkai cili kering, 1 biji bawang besar, 2 ulas bawang putih, 2 ulas bawang merah, belacan - dikisar.

Mee kuning - dicelur.

3 camca sos cili dan 3 camca sos tomato.

Garam dan gula secukup rasa.

Taugeh, sawi, tomato, cili merah - untuk sayur (boleh celur dahulu kalau tidak mahu masukkan terus sewaktu memasak).

Tauhu dipotong empat - digoreng.

Daun bawang, daun sup, bawang goreng, limau kasturi.

Cara membuatnya

1- Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan dikisar sampai naik bau.

2- Sudah naik bau, masukkan air rebusan udang tadi. Kemudian, masukkan sekali udang.

3- Selepas itu, masukkan pula sos cili, sos tomato, gula dan garam secukup rasa.

4- Kemudian, masukkan sayur-sayuran. (Kalau tidak mahu campur sayur terus, celur dahulu dan campur sewaktu hendak makan).

Dan, siap... hias dengan daun bawang, daun sup, bawang goreng dan limau kasturi. Sedap...

Muthiah : Sempoi...

No comments:

Post a Comment