Bahan-bahanBrokoli
1 tin Cendawan butang
Bawang merah, bawang putih, bawang besar - dimayang
Cili merah, lobak - dihiris
Sos tiram
Sotong - dihiris
Sedikit garam dan lada sulah - tidak letak pun tidak apa
Cara membuatnya1- Tumis bawang yang dimayang sampai naik bau.
2- Masukkan sotong pula.
3- Selepas itu, masukkan sedikit air yang sudah dicampur dengan sos tiram dan sedikit garam.
4- Kemudian, masukkan pula cendawan butang dan cendawan.
5- Setelah agak lama, masukkan pula brokoli dan lada sulah.
Siap untuk dihidang. Alhamdulillah.
Muthiah :
Suka makan cendawan butang tetapi kalau hendak beli yang ditinkan, pilihlah yang diyakini kehalalannya ;)
No comments:
Post a Comment