Monday, March 21, 2011

Cek mek molek


Bahan-bahan

(Saiz kecil 6 biji)

1 biji ubi keledek
Sedikit tepung gandum
Gula

Cara membuatnya

1- Rebus ubi keledek.

2- Gaul ubi keledek dengan tepung. Buat bentuk. Masukkan gula sedikit.

3- Goreng dengan minyak panas. Siap ;)

Mudah, bukan...

Monday, March 14, 2011

Masak lemak pucuk paku


Bahan-bahan

1 ikat pucuk paku - dibersihkan dan ditos
1/2 inci kunyit, 4 biji cili api (hijau), 3 biji bawang merah - dikisar (tambah air sedikit)
Sedikit ikan bilis
Santan
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1- Panaskan bahan-bahan yang dikisar denga pucuk paku.

2- Masukkan santan, ikan bilis dan garam secukupnya.

Siap ;)

Monday, March 7, 2011

Sayur campur ringkas


Bahan-bahan

Cendawan
1 biji tomato - dibelah 4 atau 6
2 biji putik jagung - dipotong serong
Lobak merah - dihiris
1 biji lada merah
Ayam - dihiris halus
Bawang putih dan besar - dimayang
Garam secukup rasa
Lada sulah (Tidak letak pun tidak apa)

Cara membuatnya

1- Tumis bawang sampai naik bau.

2- Masukkan ayam.

3- Masukkan lobak merah dan putik jagung.

4- Masukkan sayur-sayur lain.

5- Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa serta lada sulah dan.... siap. Very simple, right? Hehe...


Monday, February 28, 2011

Sotong masam manis


Bahan-bahan

Sotong - dipotong
Bawang besar (lagi banyak lagi sedap)/ bawang merah/ bawang puthi - dimayang
Cili merah - dihiris
Sos tiram, sos cili, sos tomato
Daud salad

Cara membuatnya

1- Masukkan minyak masak. Tunggu sampai panas.

2- Masukkan sotong. Agak-agak lama sedikit, masukkan bawang pula.

3- Apabila sudah naik bau, masukkan sos-sos diatas (jangan masuk banyak sangat. Sekadar cukup syarat sahaja).

4- Akhir sekali, masukkan cili merah.

5- Hias dengan salad.

Sangat mudah dan agak menyelerakan. Macam-macam rasa ada.

** Tidak perlu letak garam sebab sos sendiri sudah sedia masin.

Monday, February 21, 2011

Sambal belacan


Bahan-bahan

(i)

Cili api
Bawang merah - dibakar
Belacan - dibakar
Sedikit gula


(ii)

Tomato - dipotong halus-halus
Bawang besar - dipotong halus-halus (Resipi ma Pasir Mas)

(iii)

Ada yang letak asam jawa (Resipi Kak Maya Pulau Ketam) dan ada yang letak cuka (Resipi 2 mamaku)

Cara membuatnya

1- Kisar atau tumbuk bahan-bahan (i) diatas. Tomato... kalau hendak tumbuk pun okey.

2- Masukkan bahan (ii) dan (iii), kemudian... gaul.

Muthiah : Kadang-kadang, buat sambal. Selalu, makan budu.

Monday, February 14, 2011

Acar


Bahan-bahan

Semuanya dihiris :

Timun batang
Bawang besar
Lobak merah
Lada merah
Halia
Cuka dicampur dengan gula

Cara membuatnya

Bahan-bahan di atas dicampur sekali. Dan... siap ;)

Muthiah : Resipi Mak Cik Mah Pasir Mas.

Monday, February 7, 2011

Nasi minyak (Nasi)


Bahan-bahan

Beras - dibersihkan
Susu cair - 1/3 tin
Sedikit garam
Tumis - bawang merah, bunga cengkih, bunga lawang (tumis dengan mejerin)
Daun pandan

Cara membuatnya

1- Masukkan air dan susu cair ke dalam beras yang siap dibersihkan.

2- Masukkan bahan-bahan ditumis, daun pandan dan garam.

3- Ehe... Masaklah....

Muthiah : Resipi daripada nenek Muthiah - Mek Mak Cu.