Monday, February 22, 2010

Telur gulai kuning


Bagi yang hendak berkahwin dengan orang pantai Timur... jeng jeng jeng... Ketahuilah bahawa ini adalah salah satu menu kegemaran mereka. Betul????

Bahan-bahan

Bawang putih, bawang merah, lengkuas, kunyit hidup - diblender (hendak pedas, letaklah cili api)
Asam keping
Garam secukup rasa
Santan
Timun batang, cili
Telur

Cara membuatnya

1- Letakkan bahan yang siap diblender di dalam periuk. Kemudian, masukkan timun batang, cili, asam keping sekaligus.

2- Apabila sudah menggelegak sedikit, masukkan santan dan garam.

3- Akhir sekali, letaklah telur. Ada yang pecahkan dahulu ke dalam mangkuk, kemudian, baru masukkan ke dalam periuk tetapi ada juga yang terus pecahkan telur ke dalam periuk. Terpulang, mengikut citarasa masing-masing.

Muthiah : Kali ini, Muthiah buat cair punya menu... Kalau pekat lagi best (hehe... terlupa, santan habis)...

Wednesday, February 17, 2010

Nasi ayam...


Kalau rasa malas hendak masak...masaklah nasi ayam...siapkan nasi, ayam, sup dan sambal sahaja... sayur tidak perlu masak...

Monday, February 15, 2010

Bendi Goreng (mudah)


Hehe.. Asyik resipi mudah sahaja. Ada yang komplikated tetapi... better kita berkongsi yang mudah-mudah dahulu. Maklumlah, banyak di kalangan kita wanita yang berkarier.

Bahan-bahan

Kacang bendi dipotong serong
Bawang putih dan bawang besar -dihiris
Cili - dipotong serong
Fish ball
Sos tiram @ garam secukup rasa

Cara membuatnya

1- Tumis bawang sehingga naik bau.

2- Masukkan fishball.

3- Letak sos tiram @ garam (pilih salah satu). Kemudian, masukkan air sedikit.

4- Akhir sekali, masukkan bendi bersama dengan cili dan tomato. Siap....

Muthiah : Ada satu lagi menu bendi yakni bendi masak telur. Lain kali, Muthiah share, insya-Allah.

Monday, February 8, 2010

Bihun goreng


Bahan-bahan

Bihun - direndam dalam air suam (jangan guna air panas. Takut bihun kembang)
Bawang putih, bawang merah, cili api (dalam 2 tangkai) dan ikan bilis - ditumbuk (kalau tidak mahu letak ikan bilis pun, tidak apa)
Ayam/ fishball/ fishcake/ udang/ sotong/ daging - dipotong
Lada kering yang siap dikisar
Sos cili
Sos tiram
Sawi, taugeh, tomato, cili
Garam sedikit
Kicap (Muthiah guna kicap kipas udang)

Cara membuatnya

1- Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.

2- Masukkan ayam (serta 'teman-teman' yang seangkatan dengannya).

3- Kemudian, baru masukkan cili kering, sos cili, sos tiram serta garam secukup rasa. Mami (ibu angkat Muthiah) pesan... masukkan bahan-bahan ini sekaligus. Selepas itu, tambah air mengikut kesesuaian.

4- Masukkan sayur, disusuli dengan bihun yang siap direndam tadi. Kacau sehingga rata. Selepas itu, letaklah kicap. Siapppp...

Untuk hiasan, boleh letak daun sup, daun bawang serta timun. Hendak tabur telur yang sudah dihiris pun OK. Sedap....

Tambahan : Kalau hendak buat pencecah mudah... Gampurkan cili api yang sudah ditumbuk ke dalam kicap.

Muthiah : Suami suka, isteri GUMBIRA...

Monday, February 1, 2010

Ikan singgang


Bahan-bahan

1 ekor ikan tongkol
Bawang putih serta lengkuas (dihiris halus)
1 biji kacang bendi (hendak potong 2 pun tidak apa… tidak mahu potong pun tidak apa)
1 @ 2 keping asam gelugur (dikenali juga dengan nama asam keeping)
Cili api
Budu (huhu… Muthiah tidak letak budu sebab stock budu sudah habis)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1- Letak air di dalam periuk dan masukkan semua bahan di atas sekaligus (kecuali garam, asam keping dan budu).

2- Setelah menggelegak, masukkan garam, asam keping serta budu. Siap….

Muthiah : Sejak Muthiah berpindah ke Terengganu, masakan ikan singgang adalah salah satu menu kegemaran Muthiah.

Friday, January 29, 2010

Mee sup


Bilalah agaknya Muthiah hendak buat mee hailam sepertimana yang dirancang...?

Monday, January 25, 2010

Pucuk paku goreng (mudah)


Bahan-bahan

1 ikat pucuk paku
Bawang besar, bawang merah (ditumbuk lumat)
Bawang besar (dimayang)
Ikan bilis @ udang
Cili
Tomato (belah 4)
Fishball/ fishcake dan seangkatan dengannya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1- Tumis bawang yang ditumbuk dan dimayang sehingga naik bau.
2- Masukkan ikan bilis @ udang, fishball dan fishcake. Masukkan garam (ada orang, masukkan sayur dahulu sebelum garam – terpulang mengikut cara masing-masing. Yang penting, biar rata).
3- Masukkan pucuk paku tadi, disertai dengan cili dan tomato. Dan… siap! Mudah bukan ;)

Muthiah : Waktu kecil dahulu, Muthiah suka buat kerabu pucuk paku. Nanti, Muthiah kongsi, insya-Allah.