Friday, January 29, 2010

Mee sup


Bilalah agaknya Muthiah hendak buat mee hailam sepertimana yang dirancang...?

Monday, January 25, 2010

Pucuk paku goreng (mudah)


Bahan-bahan

1 ikat pucuk paku
Bawang besar, bawang merah (ditumbuk lumat)
Bawang besar (dimayang)
Ikan bilis @ udang
Cili
Tomato (belah 4)
Fishball/ fishcake dan seangkatan dengannya
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1- Tumis bawang yang ditumbuk dan dimayang sehingga naik bau.
2- Masukkan ikan bilis @ udang, fishball dan fishcake. Masukkan garam (ada orang, masukkan sayur dahulu sebelum garam – terpulang mengikut cara masing-masing. Yang penting, biar rata).
3- Masukkan pucuk paku tadi, disertai dengan cili dan tomato. Dan… siap! Mudah bukan ;)

Muthiah : Waktu kecil dahulu, Muthiah suka buat kerabu pucuk paku. Nanti, Muthiah kongsi, insya-Allah.

Tuesday, January 19, 2010

Jual jual... nasi lemak...


Hahaha... pertama kali masak dalam kuantiti yang banyak...

Monday, January 18, 2010

Masak asam pedas


Muthiah tidak familiar dengan menu ini. Tidak pasti bagaimana rasanya yang sebenar. Menurut kata suami, lain sedikit tetapi enak untuk dimakan. Nanti, suami belikan untuk Muthiah buat contoh. Kalau tambah tempoyak pun sodap katanya. Insya-Allah, lain kali Muthiah buat. Terima kasih kepada Izarydah atas perkongsian menu ini.

Bahan-bahan

2 ekor ikan mabong (ikan kembung/ tenggiri tidak ada)
Bawang putih, bawang merah, lengkuas, kunyit, lada kering - dikisar
Garam dan gula secukup rasa
Asam keping
Belacan sedikit
Daun kesum dan daun kari

Cara membuatnya

1- Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan air dengan sedikit belacan.

2- Setelah mendidih, masukkan garam, gula, asam keping, daun kesum dan daun kari. Selepas itu, masukkan ikan. Dan ... siap...

(Kalau ada bendi, boleh letak sekali)

Muthiah : Insya-Allah, akan jadi menu kegemaran selepas ini.

** Rasanya, lain kali kena tambah bawang dan lada kering. Yang ini, percubaan pertama. Insya-Allah... hendak buat macam yang kedai punya. Bolehkah? Huhu...Insya-Allah, 'Practice make perfect.'

Sunday, January 17, 2010

Mee goreng


Hehe..Jom bertukar-tukar juadah... Jiran bagi... Trimas ;)

Friday, January 15, 2010

Bihun Ad-Hoc




Muthiah lapar bangat tetapi mak ai…malasnya hendak masak. Lebih-lebih lagi, suami bekerja. Kalau masak untuk diri sendiri, kerajinan menjadi merundum. Justeru, Muthiah pun buat bihun ini. Muthiah namakan sebagai ‘bihun ad-hoc’. Sebab… semua buat secara ad-hoc. Hatta bihun pun tidak direndam. Masuk terus dalam kuali. Dengan api besar pula. Hehe... Namun… Alhamdulillah… hahaha (lapo punya pasal).

Wednesday, January 13, 2010

Monday, January 11, 2010

Ikan bawal sweet sour


Bahan-bahan

1 ekor ikan bawal (siap ditaruh kunyit dan garam)
Bawang merah, bawang putih, bawang besar (dimayang)
Tomato, lobak, timun (dipotong dadu/ kecil-kecil)
Sos cili, sos tiram, sos tomato
Cili (dipotong halus)
** Hendak hias dengan daun bawang dan daun sup pun boleh ;)

Cara membuatnya

1- Goreng ikan bawal – tidak terlalu garing tetapi jangan terlalu sekejap. Takut masih ada bau hanyir. Kemudian, angkat dan letakkan ke tepi.

2- Tumis bawang yang siap dimayang sehingga kekuningan dan naik bau.

3- Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kalau Muthiah, Muthiah tidak letak garam sebab sos-sos berkenaan sudah tinggi kandungan garamnya tetapi terpulang kepada citarasa masing-masing. Begitu juga dengan gula, terpulang pada diri sendiri.

4- Kalau hendak cair, masukkan air sedikit (ini pun terpulang kepada citarasa masing-masing). Apabila sudah menggelegak sedikit, masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong dadu.

5- Akhir sekali, masukkan ikan bawal yang siap digoreng tadi.

Muthiah : Pertama kali Muthiah mencuba resipi ini. Hmmm… Muthiah lebih suka resipi yang biasa Muthiah buat. Suami pun setuju. Namun, kalau ingin mencuba… silakan :)

Monday, January 4, 2010

Kangkung goreng masak belacan


Bahan-bahan

1 ikat kangkung
Bawang besar (dimayang)
Bawang putih, bawang merah, ikan bilis, cili api, belacan (ditumbuk lumat)
Tomato (dibelah empat)
Cili (dipotong serong. Hmmm… betulkah penggunaan ayat ini? Hehe)
Fishball/ fishcake – kalau tidak mahu guna pun, tidak apa ;)
Garam secukup rasa

Cara membuatnya

1- Tumis bahan ditumbuk sehingga naik bau. Kemudian, tumiskan sekali bawang besar yang siap dimayang.

2- Selepas itu, masukkan fishball/ fishcake. Kalau tidak mahu letak fishball/ fishcake, boleh masukkan terus kangkung. Namun, sebelum itu, letakkan garam dahulu bersama sedikit air. Kalau hendak masak kangkung goreng kering, tidak perlu letak air. (Lagi satu, kalau hendak guna sos tiram, tidak perlu letak garam). Sos tiram sudah sedia bergaram.


3- Akhir sekali, masukkan tomato dan cili. Kemudian, hidangkan. Sedap, insya-Allah.

(Ada juga yang tidak guna ikan bilis… boleh guna udang… pun sodap, insya-Allah).

Muthiah : One of my favourite menu.